Al-Jamaah
sebagai yang warid menurut pengistilahan Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: Makna
Jamaah di segi bahasa: Dari kata جمع. Dikatakan: جمع المتفرقة “Menyatukan yang berpecah-belah”. Dan الجماعة ضد
الفرقة “Jamaah lawannya berpecah-belah”.[1]
Lafaz jamaah
terdapat di beberapa hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam:
يَدُ الله مَعَ الْجَمَاعَة
“Tangan
Allah bersama Jamaah”.[2]
كُلُّهَا فِى النَّارِ اِلاَّ
الْجَمَاعَة
“Semuanya di
neraka kecuali satu iaitu jamaah”.[3]
كُلُّهَا فِى النَّار اِلاَّ وَاحِدَة
وَهِيَ الْجَمَاعَة.
“Semuanya di
neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah”.[4]
Al-Jamaah
juga secara bahasa diambil dari kalimah (الجمع) al-Jam’u iaitu:
Pertama:
Al-Jamaah bermaksud:
(1).
Mengumpulkan atau menyatu-padukan yang berpecah-belah (bercerai-berai).[5]
(2). Bersatu
dan lawannya berpecah-belah.
(3).
Perkumpulan manusia yang bersatu untuk tujuan yang sama”.[6]
Ketiga:
Golongan para ulama yang mujtahid.[9]
Keempat:
Setiap Umat Islam yang bersatu di bawah satu amir (pemerintah Islam).[10]
Kelima:
Secara khususnya ialah para sahabat Nabi Muhammad.[11]
Pengertian
ini diambil dari sabdanya:
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ
الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ
“Hendaklah
kamu kembali kepada sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat
petunjuk”.[12]
Keenam:
Setiap mukmin yang mengikut kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad[13] walaupun
seorang diri sebagaimana athar sahih di bawah ini:
اَلْجَمَاعَةُ : هِيَ الَّتِيْ مَا
اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ
“Al-Jamaah:
Iaitu yang serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku”.[14]
Berkata Imam
Syatibi rahimahullah berkaitan hadis di atas:
“Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak menjelaskan firqah (golongan) yang berjaya
kecuali menunjukkan sifat mereka. Tidak dikatakan misalnya: “Aku dan sahabat
ku”. Tetapi disebut sifatnya (manhajnya), iaitu: “Apa yang ada pada aku
(seperti manhaj aku) dan para sahabatku”. Tidak diragukan lagi bahawa para
sahabat termasuk apa yang disifatkan oleh baginda (tentang kesempurnaan
manhajnya. Pent)”. [15]
Beliau
meneruskan lagi:
“Ini
bermakna kemenangan tidak dikhususkan kepada sesiapa yang telah berlalu
sebaliknya meliputi setiap yang mendatangkan (mengikut/mencontohi) sifat-sifat
golongan yang berjaya sehinggalah ke Hari Kiamat”.[16]
Contoh
Jamaah yang berjaya tentulah Jamaah Nabi dan para sahabat baginda sebagaimana
disebut:
اَلْجَمَاعَةُ : هِيَ الَّتِيْ عَلَى
مِثْلِ مَا اَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَاَصْحَابِيْ
“Al-Jamaah:
Ia adalah yang berada di atas contoh (seperti) apa-apa yang aku dan para
sahabatku berada di atasnya pada hari ini”.[17]
Berkata Abu
Syamah rahimahullah:
“Setelah
datang perintah agar sentiasa dalam jamaah maka yang dimaksudkan dengan jamaah
ialah sentiasa komitmen (iltizam) mengikut kebenaran dan berjamaah, sekalipun
yang berpegang dengan kebenaran itu sedikit dan yang menentangnya ramai. Kerana
kebenaran yang sebagaimana pada jamaah pertama dari golongan para nabi dan para
sahabat tidak pernah terkesan walaupun melihat kepada banyaknya ahli batil
semasa atau selepas mereka”.[18]
Kenyataan
Abu Syamah amat bersesuaian dengan apa yang dijelaskan oleh Ibn Masoud
radiallahu ‘anhu:
اِنَّ جُمْهُوْر النَّاسِ فَارِقُوْا
الْجَمَاعَة ،وَانَّ اَلْجَمَاعَة مَا وَافَقَ الْحَقَّ وَاِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ.
“Sesungguhnya
kebanyakan manusia akan meninggalkan Jamaah, sesungguhnya Al-Jamaah ialah
apabila mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan).”[19]
Berkata Abu
Syamah rahimahullah:
“Apabila
telah datang perintah agar komitmen kepada al-Jamaah, yang dimaksudkan
dengannya ialah beriltizam pada al-Hak (kebenaran) dan mengikutinya, walaupun
yang berpegang kepada kebenaran amat sedikit, yang meninggalkannya amat banyak.
Kerana kebenaran yang berada bersama pada Jamaah yang pertama bersama Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam serta para sahabat radiallahu ‘anhum tidak pernah
melihat kepada ramainya ahli batil sesudah mereka”.[20]
Berkata juga
Naim bin Hammad:
اَي اِذَا فَسَدَتِ الْجَمَاعَة ،
فَعَلَيْكَ بِمَا كَانَتْ عَلَيْهِ الْجَمَاعَة قَبْلَ اَنْ تَفْسَدَ ، وَاِنْ
كُنْتَ وَحْدَكَ ، فَاِنَّكَ اَنْتَ الْجَمَاعَةَ حِيْنَئِذٍ.
“Iaitu
apabila telah rosak sekalian jamaah maka bagimu mengikut sebagaimana jamaah
yang belum rosak sekalipun engkau seorang diri kerana bahawasanya engkau dikala
itu dalam jamaah”.[21]
Oleh yang
demikian Ibnu Qaiyim berkata:
“Keseluruhan
manusia dizaman Imam Ahmad bin Hambal telah tergelincir hatinya (شذ) kecuali sedikit yang masih di atas kebenaran maka yang sedikit
itulah yang dalam Jamaah. Yang diketika itu para kadi (gabenor/pembesar), para
mufti dan Khalifah mereka semua telah tergelincir (akidah mereka) hanya Imam
Ahmad seorang sahaja dalam Jamaah”.[22]
Imam Ahmad,
pada zamannya dianggap dalam Jamaah walaupun keseorangan dalam menegakkan
kebenaran, yang mana beliau mempertahankan kebenaran bahawa “Al-Quran itu
adalah Kalamullah bukan makhluk”. Beliau ditentang oleh seluruh kadi, mufti dan
Khalifah yang sudah rosak pemahamannya kerana meyakini bahawa al-Quran itu
makhluk. Menurut pengertian dan hakikat Jamaah maka Imam Ahmad tetap dalam
Jamaah kerana beliau berada di dalam kebenaran dan mempertahankannya. Dengan ini
jelaslah bahawa kebenaran itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Al-Jamaah adalah
sesiapa yang kembali kepada kebenaran (al-Quran dan as-Sunnah) mengikut manhaj
para sahabat kerana para sahabat sentiasa memelihara dan mengikut kebenaran
yang diturunkan kepada Rasullullah yang berupa al-Quran dan as-Sunnah. Allah
berfirman:
اَلْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلاَ
تَكُوْنَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِيْنَ.
“Kebenaran
itu dari Tuhanmu sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang
ragu”.[23]
Dari ayat
inilah Ibn Qaiyim rahimahullah berpendirian bahawa Imam Ahmad rahimahullah
adalah contoh ketabahan ulama yang mempertahankan Jamaah walaupun kebanyakan
dari mereka telah menyeleweng. Ini ditegaskan oleh beliau dalam ucapannya:
“Telah
menyimpang manusia semuanya pada zaman Imam Ahmad bin Hambal kecuali beberapa
orang sahaja yang masih dalam Jamaah. Dimana para kadi dimasa itu dan para
mufti serta khalifah dan pengikut mereka semuanya telah menyimpang namun Imam
Ahmad bersedirian dalam Jamaah”.[24]
Antara
penafsiran yang paling tepat (rajih) tentang “Jamaah” ialah:
“Mereka yang
tergolong dari kalangan sahabat kerana sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan
golongan yang teramai (السواد الاعظم) mengikut fahaman salaf yang paling hak”.[25]
Dengan ini
sesiapa yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik maka ia digolongkan
sebagai al-Jamaah. Ada pun antara nama-nama jamaah yang diberikan namanya oleh
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah:
1- Ahli
al-Hadis atau Ahli al-Athar.[26]
Digelar Ahli
Hadis kerana beramal dan menyibukkan diri mereka dengan hadis Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Dan digelar Ahli Athar kerana mereka para sahabat
Nabi yang paling memahami hadis, mengamalkan, paling mengetahui untuk
membezakan antara yang hak dengan yang batil dan sentiasa berhujjah dengan
hadis.
Berkata Ibn
Qaiyim rahimahullah:
“Ahli Hadis
adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul
Mubarak: Aku dapati agama berada pada ahli hadis, percekcokan pada golongan
Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidhah dan banyak berhelah pada Ahli
ar-Rakii”.[27]
Berkata
Abdul Qadir Jailani rahimahullah:
“Sesungguhnya
Ahli Sunnah, mereka tidak mempunyai nama kecuali nama yang satu iaitu Ashabul
Hadis”.[28]
2. Firqah
an-Najiyah, Firqah al-Mansurah atau At-Taifah an-Najiyah, at-Taifah
al-Mansurah. Berkata Ibn Taimiyah:
“Apa yang
dikatakan Firqah an-Najiyah ialah pengikut para sahabat Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Ia adalah syiar (Ahli sunnah). Dinamakan Firqah an-Najiyah
kerana mereka itu terdiri dari Ahli Sunnah”.[29]
3. Ahli
Ittiba’. Dinamakan Ahli Ittiba’ kerana berittiba’ (mentaati) al-Quran,
as-Sunnah serta athar para sahabat.
3. Al
Guraba’ (الغرباء) bermaksud: “Golongan yang aneh,
asing, luar biasa, dagang atau sedikit”:
بَدَاَ اْلاِسْلاَمُ غَرِيْبًا
سَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأ فَطُوْبَى للغُرِبَاءِ.
“Islam itu
bermula dengan aneh maka akan kembali menjadi aneh maka berbahagialah orang
yang aneh”.[30]
عَنْ سُفْيَانِ الثَّوْرِيِّ اَنَّهُ
قَالَ: اِسْتَوْصُوْا بِاَهْلِ السُّنَّةِ خَيْرًا فَاِنَّهُمْ غُرَبَاءُ
“Sufyan
ath-Thauri berkata: Berwasiatlah kepada Ahli Sunnah dengan kebaikan kerana
mereka ghuraba”.
Paling tepat
dinamakan al-Jamaah ialah: “Mereka yang termasuk dalam nama-nama yang berkaitan
dengan Jamaah Islamiyah yang mengikuti manhaj para sahabat, tabi’in, tabi’ut
at-tabi’in dengan baik, terutama para ulama mujtahid yang berpegang kepada
al-Kitab dan as-Sunnah”.[31]
Gelaran
Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul diakhir zaman sahabat.
Imam Malik
rahimahullah ketika ditanyakan kepada beliau siapa Ahli Sunnah, beliau
menjawab:
اَهْلُ السُّنَّةِ الَّذِيْنَ لَيْسَ
لَهُمْ لَقْبٌ يُعْرَفُوْنَ بِهِ ، لاَ جَهْمِيُّ وَلاَ قَدَرِيٌّ وَلاَرَافِضِيٌّ.
“Ahlu Sunnah
adalah mereka yang tidak memiliki gelaran tertentu yang mereka dikenali dengan
gelaran tersebut. Mereka bukan Jahmiyah, bukan Qadariyah dan bukan Rafidhah”.[32]
Selain yang
bermanhaj Salaf, mereka adalah Ahli Bid’ah. Keterangan ini diambil dari athar
Ibn Abbas apabila menafsirkan Firman Allah:[33]
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ
وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌ.
“Pada hari
yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam
muram”.[34]
Menurut Ibn
Abbas radiallahu ‘anhu:
“Orang yang
putih berseri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang
hitam muram mukanya ialah ahli bid’ah atau orang yang sesat”.[35]
Dan sesiapa
yang meninggalkan manhaj Salaf as-Soleh adalah firqah yang terkeluar dari Ahli
Sunnah wal-Jamaah kerana Rasulullah bersabda:
لَتَفْتَرِقَنَّ اُمَّتِيْ عَلَى
ثَلاَثِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِى الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ
فِى النَّارِ . قِيْلَ : مَنْ هُمْ ؟
قَالَ : اَلْجَمَاعَة.
“Akan
berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka.
Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Al-Jamaah”.[36]
Dalil yang
menjelaskan hanya yang berpegang kepada al-Quran, as-Sunnah, athar dan
bermanhaj Salaf as-Soleh berhak dinamakan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang
berdasarkan hadis:
مَا اَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ
وَاَصْحَابِيْ.
“(Al-Jamaah)
ialah sesiapa yang seperti aku hari ini dan para sahabatku”.[37]
Diperintahkan
agar bermanhaj akidah dan amal seperti manhajnya para sahabat, tabi’in dan
tabi’ut at-tabi’in kerana mereka para salaf yang wajib diikuti manhajnya. Firman
Allah:
وَكُوْنُوْا مَعَ الصَّادِقِيْنَ
“Hendaklah
kamu bersama orang-orang siddiqin”.[38]
Yang
dimaksudkan syuhada, solehin dan siddiqin adalah para sahabat kerana mereka
adalah golongan Salaf sebenar. Dan bermanhaj Salaf adalah suruhan al-Quran.
Firman Allah:
وَاتَّبِعْ سَبِيْلَ مَنْ اَنَابَ
“Ikutilah
jalan orang-orang yang kembali kepadaKu”.[39]
Mereka yang
kembali ke jalan Allah tentulah Rasulullah dan para sahabat kerana mereka
mematuhi firman Allah:
اِتَّبِعُوْا مَا اُنْزِلَ اِلَيْكُمْ
مِنْ رَبِّكُمْ وَلاَ تَتَّبِعُوْا مِنْ دُوْنِهِ اَوْلِيَاءَ قَلِيْلاً مَا
تَذَكَّرُوْنَ.
“Ikutlah
oleh kamu apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, janganlah kamu
mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikit dari kamu mengambil
pelajaran”.[40]
“Mengikut
apa yang telah diturunkan” ialah kembali kepada wahyu. Wahyu ialah Al-Quran dan
sunnah Rasulullah berdasarkan firman Allah:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى اِنْ
هُوَ اِلاَّ وَحْيٌ يُوْحَى
“Tiadalah
yang diucapkannya itu menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu wahyu yang
diwahyukan”.[41]
“Adapun
syiar Ahli Sunnah wal-Jamaah itu ialah mengikuti (manhaj) Salaf as-Soleh dan
meninggalkan segala bentuk bid’ah serta perkara-perkara baru yang dimasukkan ke
dalam agama”.[42]
——————————————————————
[1]. Lihat:
(1). Lisan al-Arabi 8/53 (مادة جمع).
Lihat: (2). مجموع فتاوى 3/157 Ibn Taimiyah.
[2]. H/R Turmizi dalam Sunannya 6/334. كتاب الفتن – باب فى لزوم الجماعة
Diriwayatkan oleh Hakim dalam Mustadrak 1/115, 116 كتاب العلم
[3] . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitabul Ilm. Disahihkan
oleh Ibn Majah sebagaimana menurut al-Albani 2/364. Kitab al-
Fitn.
[4] . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitab al-Ilm.
[5]. Lihat: (1). منهج اهل السنة والجماعة 1/20. Khalid bin Abdul Latif.
(2). القاموس المحيط . مادة : (حمع) Hlm. 917. Al-Fairuz Abadi.
[6]. Lihat: (1) مجموعة فتاوى Jld. 3. Hlm. 157.
(2). المعجم الوسيط . مادة : (جمع) Jld. 1. Hlm. 135.
[7]. Lihat: H/R At-Tabari dalam “Al-Kabir” (1/320).
[8] . Inilah yang diutamakan oleh Imam Bukhari, lihat dalam Sahihul
Bukhari 13/316. Fathul Bari bab: وكذالك جعلناكم امة وسطا Dan
lihat: Sunan at-Turmizi. 6/335.
[9]. (1). Ini kata-kata ‘Amru bin Qais dalam الابانة. 2/492. Ibn Battah
(2). Perkataan Bukhari di dalam kitab sahihnya (13/328).
(3). Turmizi dalam sunnannya (4/467).
[10]. Lihat: الاعتصام Jld. 2. Hlm. 263. As-Syatibi. Fathul Bari 13/38.
[11]. Inilah yang dijelaskan oleh al-Barbahari dalam شرح السنة Hlm. 22.
[12]. H/R Ahmad 4/162. Abu Daud 5/13. Turmizi 7/437 dan Ibn
Majah 1/15.
[13]. Lihat: شرح السنة Hlm. 22. Al-Barbahari.
[14]. Lihat: تحفة الاحوذى 7/399-340. Berkata Turmizi: Hadis ini hasan
dan gharib. Lihat: سلسلة الاحاديث الصحيحة No. 203 atau 1192.
Syeikh Al-Albani.
[15] . Lihat: الاعتصام 2/287-289. As-Syatibi.
[16] . Ibid.
[17] . As-Sahihah No. 203 dan 1492.
[18] . Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 22. Abu Syamah.
Tahqiq Uthman Ahmad ‘Ambar. Cetakan pertama Mesir.
[19]. Lihat: Riwayat Baihaqi. al-Madkhali. الحوادث والبدع Hlm. 22.
Abu Syamah. Disahihkan oleh Nasruddin al-Albani.
Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 91-92. Tahqiq Masyhur
bin Hasan Salman.
Lihat: Syarah Usul iktiqad. No. 160. Al-Lalikaii.
[20] . Lihat: الباعث علىابكارالبدع والحوادث Hlm. 22 Abu Syamah
Ditahqiq: Uthman Ahmad ‘Anbar. Cetakan Pertama 1978 Mesir.
[21] . Lihat: اعلام الموقعين 3/397. Ibnu Qaiyim.
[22] . Ibid.
[23]. Al-Baqarah, 2:147.
[24] . Lihat: اعلام الموقعين 3/397. Ibnul Qaiyim.
[25]. Lihat: اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى. 1/ 23.
[26]. Lihat: مقالات الاسلاميين 1/290 Abu al-Hasan Ali Bin Ismail al-Asy’ari
[27]. Lihat: Bahaya Taqlid Buta & Ta’sub Mazhab. Hlm. 81. Rasul
Dahri.
[28]. Lihat: الغنية لطالبي طريق الحق 1/71 Abdulqadir Jailani. Darul Ma’rifah.
Bairut. Cetakan kedua.
[29]. Lihat: منهاج السنة Jld. 3. Hlm. 457. Ibn Taimiyah.
[30]. H/R Muslim.
[31]. Lihat: منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى Juz 1
Hlm.23.
[32] . Lihat: الانتقاء hlm. 35. Ibn Abdil Barr.
[33]. Lihat: منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى 1/23.
[34] . Ali-Imran, 3:106.
[35]. Ibid.
[36]. H/R Ibn Majah (2/1322). Hadis ini disahihkan oleh al-Haitimi
dalam (الزوائد). Disahihkan juga oleh al-Iraqi di dalam kitab
(تلخيص الاحياء) .
[37]. Lihat: H/R Turmizi. (تحفة الاحوذى) (7/399-240).
[38]. Taha, 20:119.
[39] . Luqman, 31:15.
[40] . Al-Araf, 7:3.
[41] . An-Najm. 54:3-4.
[42] . Lihat: الحجة فى البيان المحجة 1/364. Al-Asbahani.
Lihat: (2). مجموع فتاوى 3/157 Ibn Taimiyah.
[2]. H/R Turmizi dalam Sunannya 6/334. كتاب الفتن – باب فى لزوم الجماعة
Diriwayatkan oleh Hakim dalam Mustadrak 1/115, 116 كتاب العلم
[3] . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitabul Ilm. Disahihkan
oleh Ibn Majah sebagaimana menurut al-Albani 2/364. Kitab al-
Fitn.
[4] . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitab al-Ilm.
[5]. Lihat: (1). منهج اهل السنة والجماعة 1/20. Khalid bin Abdul Latif.
(2). القاموس المحيط . مادة : (حمع) Hlm. 917. Al-Fairuz Abadi.
[6]. Lihat: (1) مجموعة فتاوى Jld. 3. Hlm. 157.
(2). المعجم الوسيط . مادة : (جمع) Jld. 1. Hlm. 135.
[7]. Lihat: H/R At-Tabari dalam “Al-Kabir” (1/320).
[8] . Inilah yang diutamakan oleh Imam Bukhari, lihat dalam Sahihul
Bukhari 13/316. Fathul Bari bab: وكذالك جعلناكم امة وسطا Dan
lihat: Sunan at-Turmizi. 6/335.
[9]. (1). Ini kata-kata ‘Amru bin Qais dalam الابانة. 2/492. Ibn Battah
(2). Perkataan Bukhari di dalam kitab sahihnya (13/328).
(3). Turmizi dalam sunnannya (4/467).
[10]. Lihat: الاعتصام Jld. 2. Hlm. 263. As-Syatibi. Fathul Bari 13/38.
[11]. Inilah yang dijelaskan oleh al-Barbahari dalam شرح السنة Hlm. 22.
[12]. H/R Ahmad 4/162. Abu Daud 5/13. Turmizi 7/437 dan Ibn
Majah 1/15.
[13]. Lihat: شرح السنة Hlm. 22. Al-Barbahari.
[14]. Lihat: تحفة الاحوذى 7/399-340. Berkata Turmizi: Hadis ini hasan
dan gharib. Lihat: سلسلة الاحاديث الصحيحة No. 203 atau 1192.
Syeikh Al-Albani.
[15] . Lihat: الاعتصام 2/287-289. As-Syatibi.
[16] . Ibid.
[17] . As-Sahihah No. 203 dan 1492.
[18] . Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 22. Abu Syamah.
Tahqiq Uthman Ahmad ‘Ambar. Cetakan pertama Mesir.
[19]. Lihat: Riwayat Baihaqi. al-Madkhali. الحوادث والبدع Hlm. 22.
Abu Syamah. Disahihkan oleh Nasruddin al-Albani.
Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 91-92. Tahqiq Masyhur
bin Hasan Salman.
Lihat: Syarah Usul iktiqad. No. 160. Al-Lalikaii.
[20] . Lihat: الباعث علىابكارالبدع والحوادث Hlm. 22 Abu Syamah
Ditahqiq: Uthman Ahmad ‘Anbar. Cetakan Pertama 1978 Mesir.
[21] . Lihat: اعلام الموقعين 3/397. Ibnu Qaiyim.
[22] . Ibid.
[23]. Al-Baqarah, 2:147.
[24] . Lihat: اعلام الموقعين 3/397. Ibnul Qaiyim.
[25]. Lihat: اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى. 1/ 23.
[26]. Lihat: مقالات الاسلاميين 1/290 Abu al-Hasan Ali Bin Ismail al-Asy’ari
[27]. Lihat: Bahaya Taqlid Buta & Ta’sub Mazhab. Hlm. 81. Rasul
Dahri.
[28]. Lihat: الغنية لطالبي طريق الحق 1/71 Abdulqadir Jailani. Darul Ma’rifah.
Bairut. Cetakan kedua.
[29]. Lihat: منهاج السنة Jld. 3. Hlm. 457. Ibn Taimiyah.
[30]. H/R Muslim.
[31]. Lihat: منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى Juz 1
Hlm.23.
[32] . Lihat: الانتقاء hlm. 35. Ibn Abdil Barr.
[33]. Lihat: منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى 1/23.
[34] . Ali-Imran, 3:106.
[35]. Ibid.
[36]. H/R Ibn Majah (2/1322). Hadis ini disahihkan oleh al-Haitimi
dalam (الزوائد). Disahihkan juga oleh al-Iraqi di dalam kitab
(تلخيص الاحياء) .
[37]. Lihat: H/R Turmizi. (تحفة الاحوذى) (7/399-240).
[38]. Taha, 20:119.
[39] . Luqman, 31:15.
[40] . Al-Araf, 7:3.
[41] . An-Najm. 54:3-4.
[42] . Lihat: الحجة فى البيان المحجة 1/364. Al-Asbahani.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar